Translate

Saturday, March 9, 2019

AMAZING... THAILAND 2016-2019

Assalamualaikum Semua,

Posting untuk tahun 2019 ni dimulakan dengan Thailand. Sebab apa Thailand? Sebab Thailand oversea yang paling dekat dan senang untuk pergi memandangkan aku 'dok' di Perlis. Terlalu banyak trip aku ke Thailand, jadi untuk memudahkan 'hampa' baca, maka aku kompilasikan semua trip Thailand ni menjadi 1 post. 

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Negara 'Gajah Putih' adalah pada tahun 2016. Walaupun aku lahir di Kedah tapi inilah kali pertama aku sampai. Thailand adalah negara ke-2 aku pergi setelah Brunei Darussalam. 

Trip pertama ke Thailand adalah Danok dan Hat Yai dengan keluarga melalui Bukit Kayu Hitam.  Dari Kedah, kami menaiki kereta dan seterusnya kami parking di Kompleks Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam. Di Kompleks Bebas Cukai, kami ke pondok kecil yang menyediakan perkhidmatan mengisi 'White Card'. berjalan kaki ke Imigresen Thailand. Setelah selesai cop di imigresen, kami berjalan ke 7E yang terdekat. Dari situ kami menaiki Van ke Hat Yai. Untuk 1st trip aku hanya pergi ke Kim Yong Market. Okay tu kisah 1st time aku pi Thailand. List kat bawah adalah tempat-tempat yang pernah aku sampai.

TRIP KE THAILAND & CARA AKU SAMPAI KE SANA
  • Danok - Kereta
  • Hat Yai - Bas,van, kereta, keretapi & motorsikal
  • Padang Besar, Thailand -  Kereta, keretapi & motorsikal
  • Krabi - Kereta
  • Bangkok - Flight, keretapi 
  • Ke Kelantan melalui Thailand - Kereta
  • Phuket - Flight

Trip ke 2 ke Thailand adalah Phuket. Phuket sebenarnya tak pernah ada dalam wish list aku tapi disebabkan Air Asia buat promo maka member satu U ajak ke sana. Rancangan awal 4 orang member-member U tapi Cik Suri nak ikut jugak.hehehehe. Jadi 5 orang yang akan ke sana. Harga tiket pergi dan balik untuk 2 orang adalah RM 269,  Flight adalah dari KLIA 10 Feb 2017, 8.30 malam. dan pulang ke Malaysia pada 14 Feb 2017, pukul 1.30 petang (waktu Thai). Untuk pengetahuan, waktu Thailand 1 jam lambat dari Malaysia. Misalnya waktu Thai pukul 1.30  petang maka waktu Malaysia adalah pukul 2.30 petang. 

Seminggu sebelum tarikh penerbangan, seorang demi seorang member-member aku menarik diri. Adoi!!! Dah la aku tak yakin sebenarnya nak pergi berdua ke Phuket, tapi aku nekad dengan Cik Suri untuk meneruskan trip ni walaupun berdua. Memang risau sebenarnya tapi aku kuatkan semangat jugak. Dah la tak banyak rujukan untuk aku study tentang Phuket. Untuk travel ni aku ambil Takaful perjalanan, takut kalau apa-apa jadi.

Persediaan Ke Phuket

  • Travel Adapter (soket di Thailand tak sama dengan Malaysia)
  • Travel Insurance ( Aku pilih Takaful Malaysia)
  • Brahim Instant (Nasi Goreng, Nasi Briyani)
  • Download application Maps.Me
Google Map : KLIA - Phuket 

10 Feb 2017

Hari yang ditunggu sudah tiba, perasaan risau yang tak dapat diungkapkan. Memandangkan flight kami pukul 8.30 malam dan tiba di Phuket International Airport lebih kurang pukul 10.00 malam (9.00 malam waktu Thailand), jadi aku mesti bertindak pantas untuk sampai ke guesthouse. Guesthouse yang aku tempah agak jauh dari airport, lebih kurang 36 km. Aku akan menginap di Relax Guesthouse yang berhampiran dengan pantai Patong. Aku tempah bilik dari 10 Feb - 14 Feb, harga semalam lebih kurang RM 70++.   Setelah mendarat di Phuket aku bergegas ke level G, di situ kita akan jumpa kios atau kaunter untuk membeli tiket bus atau van. Setelah bertanya kepada petugas bagaimana ke Pantai Patong, kami kemudiannya membayar dan beratur diluar airport. Agak lama menunggu van tiba,setelah van sampai aku memberi tahu nama Guesthouse, driver hanya mengangguk. Aku duduk di sebelah driver sambil membuka Maps.Me, manalah tahu driver Siam ni bawak ke tempat lain. Di pertengahan perjalanan, driver berhenti di satu tempat. Rasanya tempat ni agen pelancongan.Kami disuruh turun kononya untuk melihat pakej-pakej yang ditawarkan. Syukur aku ada terbaca satu blog supaya abaikan saja pakej yang diterangkan. Sebab apa? Sebab pakej-pakej kat di sini agak mahal. Rasanya semua yang ada dalam van ni, tak ada siapa pun yang ambil pakej kat sini. Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Pantai Patong. Driver menurunkan aku agak jauh dari guesthouse memandangkan jalannya agak sempit. Berbekalkan Maps.Me kami mencari penginapan kami. Setelah puas berpusing-pusing kami akhirnya jumpa. Tetapi sebelum sampai ke penginapan kami terpaksa melalui crowded, keadaan kat sini lebih kurang macam bukit bintang waktu malam. Untuk Cik Suri pengalaman yang agak menakutkan.

11 Feb 2017

Selepas bersarapan di bilik , kami seterusnya ke Patong Beach. Jarak guesthouse ke pantai lebih kurang 600m kalau berjalan kaki. Kami terpaksa melalui jalan dan lorong-lorong yang berbau masam untuk sampai ke pantai. 


Patong Beach

Tak ramai orang pada waktu pagi, mostly joging dan bersiar-siar. 


Nanti kita akan sambung lagi post berkenaan Thailand sebab ada banyak tempat yang menarik. Kesimpulan untuk trip ke Phuket, bagi aku untuk yang bawa family mingkin kurang sesuai sebab night life nya kurang sesuai dengan budaya kita.  











No comments:

Post a Comment