Kia Ora New Zealand Part 2
Sekian lama part 2 terbengkalai..akhirnya dapat siap jugak..hehehe
Hari Keenam : 4 Ogos 2018
Setibanya kami di Auckland Airport, aku menaiki bas ke Auckland CDB, agak mahal jugak la tambang bas. Perjalanan kami mengambil masa 30 minit. Kami terus ke penginapan kami di Choice Backpackers, Wellesley Street East. Harga semalam lebih kurang NZD 50, yang aku booking dari agoda, kami bermalam di sini selama 2 hari.
