Translate

Sunday, January 7, 2024

🧭 Trip Kota Kinabalu ke Brunei: Sipitang, Labuan & Bandar Seri Begawan (Travel 2024)

 Assalamualaikum semua.

Trip kali ni memang antara trip paling panjang yang aku pernah buat — dari Kota Kinabalu (KK), Sabah ke Brunei, lepas tu berpatah balik semula ke KK. Banyak pengalaman menarik sepanjang perjalanan ni, termasuk singgah di Sipitang, Labuan dan Bandar Seri Begawan.

Kalau korang plan nak buat trip KK ke Brunei, boleh ikut itinerary aku ni 👍

✈️ 8 January 2024 – KL ke Kota Kinabalu

Kami berlepas dari KLIA sekitar pukul 5 petang. Sampai di Kota Kinabalu agak lewat, jadi aku decide untuk stay di capsule hotel, Space Cap Hotel yang berdekatan dengan Pasar Filipin, KK. Lokasi memang strategik. Harga satu malam, RM 60. Ni aku booking melalui Agoda

🚌 9 January 2024 – KK ke Sipitang

Seawal 7.15 pagi, kami checkout dan menuju ke KK Central untuk ke Sipitang. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Ada pelbagai cara untuk ke Brunei. Gambar dibawah aku ambil masa di kaunter bas


Jujur cakap, aku pun tak expect apa-apa sangat di Sipitang 😅 Tapi lepas sampai, sembang dengan orang local baru tahu:

👉 Sipitang terkenal dengan sate Sipitang
👉 Bandar tepi laut yang tenang, bersih dan tak sesak 

Ada Cafe yang cantik dekat Sipitang Explanate. Cantik sebab boleh nampak view laut.

Kami menginap di D’Tuah Cafe & Homestay Sipitang, view terus menghadap laut. Memang puas hati.



⛴️ 10 January 2024 – Sipitang ke Labuan

Kami checkout awal (6.15 pagi) untuk ke Labuan. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit.

  • 🎫 Tiket: RM18 (sehala)
  • Sampai sekitar 10 pagi

Malangnya tiket ke Brunei dah penuh, jadi kami terpaksa stay satu malam di Labuan.

🚢 11 January 2024 – Labuan ke Brunei

Ferry kami pukul 9 pagi menuju ke Serasa, Brunei dan sampai sekitar 10.30 pagi.

Tips penting:
👉 Beli tiket return awal-awal
👉 Transport di Brunei agak limited

Nasib baik ada keluarga tempatan yang tolong tumpangkan kami 🙏

Kami stay di Hotel Jubilee, Bandar Seri Begawan — memang hotel favourite aku sebab murah dan lokasi strategik.


🕌 12 January 2024 – Tempat Menarik di Brunei

Kalau datang Brunei, memang wajib pergi:

👉 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin


Serius, walaupun dah datang 3 kali, tetap tak bosan. Kawasan sekeliling pun cantik, siap ada frame besar untuk ambil gambar.

👉 Tip:
Datang waktu malam — lagi cantik 🔥



🚤 13 January 2024 – Brunei ke Labuan & Menumbuk

Kami naik ferry seawal 8.30 pagi:

  • 🎫 Harga: B$23 sehala

Transport di Brunei:

  • ❌ Tiada Grab
  • ✅ Guna Dart (macam Grab)

Selepas transit di Labuan, kami teruskan perjalanan ke Terminal Menumbuk.

🌄 14 January 2024 – Kota Kinabalu & Sekitar

Hari Ahad = wajib pergi Tamu Kota Kinabalu

Kemudian kami:

  • Sewa motosikal
  • Pergi Jambatan Tamparuli
  • Ke Tuaran makan lokan bakar

👉 Ini memang spot wajib kami kalau datang KK 😄

📌 Kesimpulan

Trip Kota Kinabalu ke Brunei ni memang berbaloi walaupun penat. Banyak pengalaman baru dari Sipitang, Labuan hingga ke Brunei.

Kalau korang suka travel santai + explore tempat baru, trip ni memang recommended 👍