Translate

Friday, March 27, 2026

Taman Jubli Emas Alor Setar

 27 Mac 2026, 7 Syawal 1447H. Hari Raya ke-7.

Dari jauh, Taman Jubli Emas seakan melambai aku. Saat kami tiba, suasana tidak terlalu sesak—hanya aku dan Cik Suri yang melangkah masuk, menikmati tenang malam Syawal yang masih berbaki.

Tempat ini bukan sekadar taman biasa. Ia dibina sempena Jubli Emas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah—Tuanku yang begitu dekat di hati rakyat Kedah. Bagi aku, tempat ini ada nilai yang lebih daripada sekadar landskap; ada rasa hormat, kenangan, dan sedikit rasa sayu yang sukar digambarkan.


Sampai je, terus nampak mercu tanda dia yang tinggi tu, siap dengan lampu warna-warni.

Fountain dia pula… memang cantik, especially bila lampu biru hijau tu menyala πŸ’™πŸ’š

Air pancut bergerak-gerak, tambah pula angin malam…

memang rasa tenang je.

Kadang-kadang tempat simple macam ni lah yang buat kita rasa tenang.

πŸ›️ Sedikit maklumat Taman Jubli Emas…

Taman ni dibina sempena Jubli Emas pemerintahan

πŸ‘‰ Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sebagai orang Kedah…

Aku lahir masa zaman pemerintahan baginda.

Dan rasanya tak keterlaluan kalau aku cakap…

orang Kedah memang sangat sayang baginda.

Baginda ni antara insan yang aku kagumi. 

Baginda memerintah Kedah Selamat 59 tahun dan baginda mangkat setahun sebelum sambutan Jubli Intan.

Banyak yang boleh aku kongsi tentang keperibadian Tuanku.Tapi cukuplah sekdar ini.

Oh ya..masuk adalah percuma.

Tuesday, January 20, 2026

Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah: Sungai Jernih Dengan View Gunung Kinabalu (Guide 2026)

Polumpung Melangkap di Kota Belud, Sabah merupakan antara tempat menarik yang semakin popular dalam kalangan pencinta alam. Terkenal dengan sungai yang jernih dan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan, lokasi ini sesuai untuk aktiviti camping, mandi sungai dan fotografi. Dalam artikel ini, aku kongsikan pengalaman sebenar ke Polumpung Melangkap serta tips penting untuk anda yang ingin datang ke sini.

πŸ“ Lokasi: Kampung Melangkap Baru, Kota Belud, Sabah  
⏱ Jarak: ±1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu  

21 January 2026.

Travel kali ni ke sabah. Aku cuma nak fokus 1 tempat ni ja..Walaupun dah banyak kali sampai, rasanya ni tempat yang paling cantik yang penah aku jumpa..Polumpung Melangkap,Kota Belud. 1st time sampai sini.

First view bila nak sampai Sabah ✈️
Nampak awan dengan laut dari atas memang lain feel dia. Dari jauh dah nampak Gunung Kinabalu… masa ni.

Dari Promenade Apartment Service, Kota Kinabalu ke Polumpung Melangkap View Camp Site.
Kami sewa motor je untuk ke sana. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah (76km). Jalan berbukit dan berliku, agak mencabar tapi view sepanjang jalan memang cantik. Harga sehari RM 40. Sangat berbaloi.

Sumber dari Google Map

Sampai je terus nampak sungai ni. Air dia jernih gila. Serius antara sungai paling bersih yang aku pernah jumpa kat Malaysia. Air laju, sejuk, jernih sampai nampak dasar. Batu-batu besar tambah lagi vibe natural kat sini. Memang sesuai untuk duduk lama-lama. Air dia memang crystal clear. Tak sangka Malaysia ada tempat macam ni. Memang puas hati datang.


Dari jauh sebenarnya boleh nampak Gunung Kinabalu. Tapi masa ni berawan, jadi nampak kaki gunung je. Walaupun macam tu, view dia tetap cantik.


Secara keseluruhan, Polumpung Melangkap adalah destinasi yang sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi di Sabah. Dengan sungai yang jernih dan pemandangan Gunung Kinabalu, tempat ini memang wajib masuk dalam bucket list anda.

Tips :

Kami menyewa motorsikal ke sini. Lebih jimat, RM 40 sehari tak termasuk deposit. Bergantung model motorsikal.

Sila is minyak penuh ye. Waktu nak turun tu minyak aku dah cecah E. Memang cuak..haha


Kalau anda suka tempat nature macam ini, boleh juga baca pengalaman saya di Miri Sarawak di sini.

https://journeyuandme.blogspot.com/2026/01/miri-sarawak.html

 

Saturday, January 17, 2026

Trip 2 Hari 1 Malam ke Miri, Sarawak – Itinerary, Kos & Tempat Menarik

Trip ke Miri sebenarnya unplanned. Selain pegi Miri sebab tiket murah, bagi aku Borneo ada banyak tempat yang menarik dan benda baru yang aku dapat belajar. Kali ni aku ke Miri untuk trip pendek 2 hari 1 malam. Walaupun singkat, tapi memang puas hati sebab sempat cover beberapa tempat menarik.

Kalau korang cari itinerary Miri yang simple, boleh ikut plan ni…

πŸ“ Hari Pertama : 18 January 2026 

Sampai je Miri, kami terus ke hotel. Sebelum itu nak pesan, kalau naik grab (e-hailing) dan penumpang 4 orang kena book e-hailing 6 seaters tau. Kalau tak, nnti kena reject.  Walaupun belum lagi waktu check-in, kami mintak kebenaran untuk meletak beg dahulu. Kami menginap di Somerset. Staf-staf peramah dan membantu. Kami berjalan kali mengelilingi bandar Miri, bandarnya tidak sibuk dan aku suka lifestyle disini. Memandangkan kami sampai hari Ahad, ada pasar tamu di buka.  Kami berjalan ke Pusat Kraftangan Miri dan selepas tu ke Tamu Muhibbah. Tamu tu dibuka setiap hari. Berdekatan dengan Tamu Muhibbah ada Tourism Center. Kami bertanya cara yang paling mudah ke Gua Niah. Kami plan menaiki bas, cuma staf berkenaan tidak suggest sebab untuk ke Taman Negara agak jauh dari bus stop, kami mungkin terpaksa menaiki Grab. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta saja. Terima kasih kepada staf Tourism Center yang banyak membantu

Spot menarik di Bandar Miri

πŸ“ I ❤️ Miri (Waterfront)



Berhampiran dengan Waterfront ini ada kedai yang menjual kek lapis

πŸ“ Tanjung Lobang, Miri

Aktiviti petang bolehlah melepak di Esplanade.

Ini memang spot paling ngam untuk tengok sunset di Miri. Pantai Tanjung Lobang ni tak berpasir halus sangat, lebih kepada batu-batu tepi laut. Duduk tepi batu, dengar bunyi ombak…tak sedar lama mana dah duduk situ. Langit perlahan-lahan tukar warna — dari cerah ke oren keemasan. Kat sini ada food court juga.


πŸ“ Bukit Kanada

The Grand Old Lady

Sebelah petang, kami singgah ke Bukit Kanada, ada Muzium Petroleum dan The Grand Old Lady.



19 January 2026 

Perjalanan ke Gua Niah mengambil masa hampir 2 jam jugak degan jarak 90 km. Walaupun jauh tapi aku rasa sangat berbaloi.

πŸ“Muzium Arkeologi Niah

Sebelum walk way ke Gua Niah ada Muzium Arkeologi. Tapi kami singgah selepas ke Gua Dagang.


Walkway Hutan ke Gua

Ini antara part paling best sepanjang trip ni.Jalan kayu panjang dalam hutan, kiri kanan penuh pokok hijau.Udara fresh gila… rasa macam detox dari dunia kerja.

Tak rush pun. Jalan slow-slow, sembang sikit, berhenti ambil gambar…
moment macam ni yang sebenarnya kita cari bila travel.





πŸ“ Tempat Menarik di Miri

Sepanjang trip Miri 2 hari 1 malam ni, antara tempat menarik yang sempat kami pergi:

  • Pantai Tanjung Lobang – tempat santai dengan pemandangan laut yang cantik, sesuai untuk tengok sunset
  • Gua Niah – antara tarikan terkenal di Sarawak dan memang berbaloi untuk explore
  • Sekitar bandar Miri – banyak pilihan makanan dan tempat lepak santai
Kalau korang plan trip ke Miri, tempat-tempat ni memang sesuai untuk short getaway.

πŸ’° Anggaran Kos (2 Orang)

  • ✈️ Tiket flight: KUL to Miri (2 hala) RM 470
  • 🏨 Hotel: RM100 sehari
  • 🍽️ Makan: RM50 – RM100
  • πŸš— Transport : Sewa Kereta Axia RM 160 satu hari

πŸ‘‰ Total anggaran: sekitar  RM400 - RM 500 seorang. Agak mahal kerana kami menyewa kereta. Tapi sangat bebaloi pegi ke Gua Niah.

✨ Kalau korang tengah fikir nak pergi mana untuk short trip dan sukakan nature terutama Gua, Miri memang salah satu pilihan yang aku recommend. Ada 2 Taman Negara di sini tapi disebabkan kesuntukan masa, aku sempat ke Niah sahaja. Masa perjalanan pulang aku hanya sempat bergambar di main entrance Lambir Hills National Park. Insyallah akan sampai lagiπŸ‘