Translate
Tuesday, January 20, 2026
Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah: Sungai Jernih Dengan View Gunung Kinabalu (Guide 2026)
Saturday, January 17, 2026
Trip 2 Hari 1 Malam ke Miri, Sarawak – Itinerary, Kos & Tempat Menarik
Trip ke Miri sebenarnya unplanned. Selain pegi Miri sebab tiket murah, bagi aku Borneo ada banyak tempat yang menarik dan benda baru yang aku dapat belajar. Kali ni aku ke Miri untuk trip pendek 2 hari 1 malam. Walaupun singkat, tapi memang puas hati sebab sempat cover beberapa tempat menarik.
Kalau korang cari itinerary Miri yang simple, boleh ikut plan ni…
π Hari Pertama : 18 January 2026
Sampai je Miri, kami terus ke hotel. Sebelum itu nak pesan, kalau naik grab (e-hailing) dan penumpang 4 orang kena book e-hailing 6 seaters tau. Kalau tak, nnti kena reject. Walaupun belum lagi waktu check-in, kami mintak kebenaran untuk meletak beg dahulu. Kami menginap di Somerset. Staf-staf peramah dan membantu. Kami berjalan kali mengelilingi bandar Miri, bandarnya tidak sibuk dan aku suka lifestyle disini. Memandangkan kami sampai hari Ahad, ada pasar tamu di buka. Kami berjalan ke Pusat Kraftangan Miri dan selepas tu ke Tamu Muhibbah. Tamu tu dibuka setiap hari. Berdekatan dengan Tamu Muhibbah ada Tourism Center. Kami bertanya cara yang paling mudah ke Gua Niah. Kami plan menaiki bas, cuma staf berkenaan tidak suggest sebab untuk ke Taman Negara agak jauh dari bus stop, kami mungkin terpaksa menaiki Grab. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta saja. Terima kasih kepada staf Tourism Center yang banyak membantu
Spot menarik di Bandar Miri
π I ❤️ Miri (Waterfront)
π Tanjung Lobang, Miri
Aktiviti petang bolehlah melepak di Esplanade.
Ini memang spot paling ngam untuk tengok sunset di Miri. Pantai Tanjung Lobang ni tak berpasir halus sangat, lebih kepada batu-batu tepi laut. Duduk tepi batu, dengar bunyi ombak…tak sedar lama mana dah duduk situ. Langit perlahan-lahan tukar warna — dari cerah ke oren keemasan. Kat sini ada food court juga.
π Bukit Kanada
The Grand Old Lady
Sebelah petang, kami singgah ke Bukit Kanada, ada Muzium Petroleum dan The Grand Old Lady.
19 January 2026
Perjalanan ke Gua Niah mengambil masa hampir 2 jam jugak degan jarak 90 km. Walaupun jauh tapi aku rasa sangat berbaloi.
πMuzium Arkeologi Niah
Sebelum walk way ke Gua Niah ada Muzium Arkeologi. Tapi kami singgah selepas ke Gua Dagang.
Walkway Hutan ke Gua
Ini antara part paling best sepanjang trip ni.Jalan kayu panjang dalam hutan, kiri kanan penuh pokok hijau.Udara fresh gila… rasa macam detox dari dunia kerja.
Tak rush pun. Jalan slow-slow, sembang sikit, berhenti ambil gambar…
moment macam ni yang sebenarnya kita cari bila travel.
Sepanjang trip Miri 2 hari 1 malam ni, antara tempat menarik yang sempat kami pergi:
- Pantai Tanjung Lobang – tempat santai dengan pemandangan laut yang cantik, sesuai untuk tengok sunset
- Gua Niah – antara tarikan terkenal di Sarawak dan memang berbaloi untuk explore
- Sekitar bandar Miri – banyak pilihan makanan dan tempat lepak santai
π° Anggaran Kos (2 Orang)
- ✈️ Tiket flight: KUL to Miri (2 hala) RM 470
- π¨ Hotel: RM100 sehari
- π½️ Makan: RM50 – RM100
- π Transport : Sewa Kereta Axia RM 160 satu hari
π Total anggaran: sekitar RM400 - RM 500 seorang. Agak mahal kerana kami menyewa kereta. Tapi sangat bebaloi pegi ke Gua Niah.
✨ Kalau korang tengah fikir nak pergi mana untuk short trip dan sukakan nature terutama Gua, Miri memang salah satu pilihan yang aku recommend. Ada 2 Taman Negara di sini tapi disebabkan kesuntukan masa, aku sempat ke Niah sahaja. Masa perjalanan pulang aku hanya sempat bergambar di main entrance Lambir Hills National Park. Insyallah akan sampai lagiπ












.png)