Translate

Sunday, November 30, 2025

Istanbul, Aku Datang Lagi: Travelog 10 Hari Di Turkiye

 Istanbul aku datang lagi

Istanbul aku datang lagi!!! Alhamdulillah selepas 3 tahun, aku datang lagi ke Turkiye. Aku dapat grab tiket ke Istanbul pada Ogos 2025 untuk perjalanan pada 30 Nov 2025 sampai 10 December 2025. Laluan ke Istanbul ini baru di buka oleh Airasia. Dapatlah tiket untuk 2 orang RM 2062, boleh tahan murah. Perjalanan bermula pada 29 Nov, kami bertolak dari Alor Setar ke KLIA.




Hari Pertama 30 November 2025

Kami tiba di Sabiha Gochen Airport lebih kurang pukul 4 petang. Airportnya kurang menarik berbanding pengalaman aku sebelum ni. Nampak agak lama dan kurang meriah



Istanbul menyambut kami dalam hujan, Setelah sampai kami terus keluar dari Airport untuk menaiki bas ke Bursa. Hanya keluar dari bangunan utama, boleh nampak stesen bas. Perjalanan ke Bursa mengambil masa lebih kurang 2 jam. Harga tiket TL 1130 untuk 2 orang. Kami bertolak pukul 5.30 dan sampai sekitar 8 malam. Ketibaan kami di Bursa disambut oleh kawan aku Eni bersama suaminya Nedim. Terharu dorang menunggu kami kesejukan dan juga hujan renyai-renyai waktu tu. Terima kasih Eni, Nedim dan juga sikecil Abdurrahman yang menjadi tour guide selama kami di Bursa. Tak terbalas jasa korang.  Kami tiba di hotel pada pukul 9 malam.Ada sedikit insiden dimana kami kena menambah bayaran. Berlaku sedikit ketegangan antara Nedim dan penyambut tetamu. Akhirnya kami terpaksa mengalah. Sedikit fobia inciden tadi. Selepas check in kami pergi makan, disebabkan mood masih belum lagi ketahap ceria, kami hanya mengalas perut dengat sup dan roti. Boleh dikatakan sup dan roti ni la yang menjadi makanan ruji kami di Turkiye, tak mahal harga lebih kurang TL 150 atau bersamaan RM 15. Kadar tukaran wang TL 10 bersamaan RM 1 lebih kurang,

 






Hari Kedua 1 Disember 2025

Inilah pemandangan dari hotel kami, best datang musim sejuk adalah badan tidak cepat berbau dan terasa fresh sampaikan kita mungkin tak sedar seharian kita tidak mandi.hahaha

 



Paginya kami bersarapan ditempat semalam, bawahnya kedai daging atasnya kedai makan. Kami menunggu eni dan Nedim di Yesil Cami, ada dataran tertulis Bursa di situ. Tempat ini merupakan destinasi wajib kalau sampai Bursa.

 

Kami seterusnya ke Emir Sultan Cami, ada makan Emir Sultan disini. Kawasan sini adalah kawasan berbukit

   



Seterusnya kami ke Tophane menaiki Tram, untuk menaiki kenderaan awam kita mesti beli kad. Setiap negeri mempunyai kad masing-masing contohnya Bursa mengeluarkan Bursa Kart. Di Tophane ada makam Osman Gazi, pengasas Daulah Osmaniyah. Secara umum Bursa merupakan tempat bersejarah, kalau korang sukakan Sejarah, inilah tempatnya. Bagi aku orang-orang Turki sangat menjaga tempat warisan-warisan.



Jambatan ni bukan keleng-kaleng. Ni aku search dari Google la “Jambatan ini dibina pada tahun 1442 oleh seorang saudagar sutera kaya bernama Müslihiddin semasa zaman Empayar Uthmaniyyah.” (sumber Google). Aku tahu jambatan ni bersejarah pun dari Eni. Sebab tu kadang2 penting tourist guide. Tu pun kalau orang tu berminat nak tau Sejarah.

Antara buah rare yang aku beli, strawberi liar..rasanyalah..hahaha

Tidak lupa, terima kasih kepada Eni, bersusah payah menyediakan bekal nasi goreng untuk kami. Very warm welcoming untuk kami di Bursa.. Rasa segan pulak kami.

 


 

Hari Ketiga 2 Disember 2025

Ni harga makanan di sini. Makanan siap bagi aku gak mahal berbanding dengan Malaysia, tapi kalau harga bahan mentah agak murah.


Hari ketiga kami hanya pusing-pusing bandar Bursa, membeli oleh-oleh. Sebelah malam kami menaiki bas untuk ke Denizli. Ada apa kat Denizli..Teruskan membaca. Tiket TL 1600 untuk 2 orang. Kami sampai di stesen bas Bursa agak awal. Mujur ada Mall berdekatan. Boleh kami menghabiskan masa. Dan yang bestnya ada IKEA..Tempat faveret kami.Susun atur sama macam Malaysia jugak.




Ni Stesen Bas Utama Bursa



Hari Keempat 3 Disember 2025

Kami sampai di stesen bas Denizli agak pagi. Sejujurnya perjalanan ni agak “insecure” untuk aku sebab aku tak pernah sampai dan tak banyak sumber rujukan. Perjalanan dalam 5 jam. Sejurus tiba di stesen bas kami dihampiri agen pelancongan. Kami dibawa ke pejabat kononnya tiket dibeli disitu. Kami menuruti bercampur kerisauan, pejabat betul-betul jauh,  bukan di kawasan awam dan kena masuk bilik. Hati mulai risau, kami ditawarkan pakej-pakej yang tak masuk akal harganya. Dorang ingat kami kaya kot.Pakej-pakej berharga ribuan, kami berkeras nak ke Pamukkale sahaja. Akhirnya dorang mengalah. Tak perlu pun bayar tiket kat situ pun. Bayar dalam bas saja. Selepas solat subuh kami menaiki mini van ke Pamukkale. Tak ingat berapa harga tapi kalau tak silap TL 100 untuk 2 orang. Kami diturunkan di satu tempat dan kami pun tak pasti inikah tempatnya sebab 1st time sampai, terus jumpa kaunter tiket. Dengan keadaan yang masih gelap kami diberitahu tiket dijual pada pukul 8 pagi. Kami terpaksa menunggu dalam kedinginan subuh ditemani anjing. Memang takut.. Kami bersarapan dalam kesejukan, kami menuruti orang yang lalu dengan sangkaan merekan pun akan ke tempat yang sama. Alhmadulillah dah nampak pintu pagar ke Pamukkale. Kami ,di sajikan pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah.

Ini adalah pemandangan dari atas, tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata betapa cantiknya pemandangan. Memang berbaloi dengan pelbagai rintangan untuk sampai ke sini. Bukit bukau yang berwarna putih ni bukan salji tapi batu kapur. 

Kami mendaki dari bawah dengan membawa bag pack, tak berani nak tinggal sebab rasa insecure. Agak tough sambil mengendong beg dari bawah. Ini baru challenging..hahaha

Bersebelahan dengan Pamukkale atau Cotton Castle ni ada runtuhan Hierapolis.

 



Akhirnya dapat sampai juga kat sini. Main reason aku datang ke Turki kali ke dua sebab nak datang sinilah. Kali pertama datang aku tak sempat ke Tiytro cuma aku melihat dari jauh. Tiyatro melambai-lambai aku dari jauh..hahaha.


Seharian kami di Hierapolis kemi meneruskan perjalanan kami ke Izmir. Tiada dalam perancangan kami sebenarnya tapi tertarik sebab nama Bandar tu Izmir. Kami bertolak dari Denizli ke Izmir dengan menaiki keretapi. Perancangan secara spontan sebenarnya. Kami bertolak dari Denizli dalam pukul 4. Harga tiket seorang TL 600.


Kami sampai di Izmir agak malam kalau tak silap pukul 9 malam. Risau sebab tak tau stesen mana yang patut aku turun. Sesudah sampai di Stesen Izmir, kami keluar dari stesen dan cuba lihat hotel yang terdekat. Aku suba search di Agoda, akhirnya aku pilih hotel yang jaraknya lebik kurang TL 2000 semalam. Aku bayar terus di  kaunter receptionist. Cuma masalah komunikasi sebab staffnya tak tahu berbahasa Inggeris. Selepas check in kami keluar untuk mencari makan. Harga lebih kurang macam Bursa tapi sedikit mahal.

 

Hari Kelima 4 Disember 2025

Inilah stesen keretapi Izmir, Stesen Basmane. Awal-awal pagi kami keluar untuk cari breakfast. Sambil dari breakfast, kami juga bertanya dimana nak beli Izmir Kart. Penting untuk beli sebab kami akan menggunakan pengangkutan awam. Di Stesen ini kita boleh beli Izmir Kart, harga TL 200 dan kita kena top up secukupnya. Memandangkan tiada tren ke Istanbul kami terpaksa menaiki bas.



Ini sarapan kami pada pagi ni. Total makan ni TL 450. Harga standard bandar. Bagi aku makanan yang paling sedap kat Turki Adalah desert.



Setelah kami checkout, kami meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Izmir. Gunakan Apps Moovit untuk tahu nombor bas untuk ke destinasi. Destinasi kami Adalah Izmir Sehirler Arasi Otobus Terminali. Kami sampai sekitar pukul 2 petang.Kami terus beli tiket di kaunter. Harga untuk 2 orang ke Istanbul TL 2100. Memandangkan waktu bertolak malam, kami keluar dari Terminal bas ini dulu. Syukur sebab ada Mall di Seberang Terminal bas ni. Boleh la pusing-pusing dulu.

 


Ni shopping compleksnya. Sempat lah kami mengalas perut. Disebabkan kami datang bulan Disember, maka deco shopping berkaitan Christmast.

 




 Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami ambil bas malam boleh jimat masa dan juga jimat untuk penginapan. Di sebabkan musim sejuk siangnya pendek jadi kita kena plan betul-betul untuk siang hari.

 


Hari keenam 5 Disember 2025

Kami sampai dalam pukul 4, cuma perkara yang mencabar, bas drop kami bukan di terminal bas utama.  Puas google map, akhirnya kami jumpa juga Terminal Bus Istanbul. Kami berjalan kaki dalam 800 meter jugak. Dengan sejuknya pagi, kami berjalan mengikut google map. Alhamdulillah sampai juga. Inilah realiti backpacker, kita kena hadapi juga apapun halangan. Di terminal bus Istanbul kami beli Istanbulkart. Just follow moovit saja. Kami naik train menuju Stesen Sultanahmet.


On the way kami ke hotel, kami singgah dulu Solat Subuh di Masjid Sultan Ahmat atau Blue Mosque. Sebelum ni kami tak sempat masuk dalam masjid ni. Bagi aku, aku lebih suka masjid ni berbanding Aya Sofia. Lepas solat kami terus ke hotel, kami tinggal di Hotel Miklagord selama 3 hari. Harga semalam lebih kurang RM 115, booking melalui Agoda. Untuk hari ke dua kami booking terus di hotel tapi lebih mahal dalam TL 1500.

 

Disebabkan waktu check in pukul 3, kami letak beg dahulu dan explore tempat-tempat berhampiran. 1st spot, kami ke Seven Hills Restaurant. View memang superb tapi harga agak mahal. Disebabkan harga makanan mahal maka aku hanya order sup sahaja. Kalau nak kira harga makanan tak berbaloi tapi aku anggap harga makan dan view. Untuk menyedapkan hati..hahaha. Pengalaman yang best dapat bagi burung makan.

 


Cantikkan view.

Next kami ke Topkapi Palace, tapi kami tak masuk sebab harga terlalu mahal. Di sekitar,ada taman dan kedai cenderamata boleh la masuk.

Dah puas berjalan, lapar la pulak. Kami ke Balkan Lokantasi yang terletak di Sirkeci. Bagi aku harga kat sini memang murah. Kalau tak silap TL505.

Di sebabkan kami sampai pada hari Jumaat, aku ambil kesempatan untuk Solat Jumaat di Aya Sofia. Alhamdulillah dapat jugak.

Selepas solat Jumaat, kami check in hotel. Hotel agak selesa, berbaloi dengan harga dan lokasi.


Setelah berehat, kami explore malam di Istanbul. Malam awal tau sekitar 5.30 ptg. Kami hanya berjalan sekitar bandar sahaja.


Hari ketujuh 6 Disember 2025

Kami keluar mencari dobi, stok baju bersih dah berkurangan. Ni pemandangan dari tren.Semua masjid kat sini memang cantik-cantik. Kami dobi di Laundry Bar - Findikzade..Harga basuh TL 200 dan dryer TL 150.

 

Sambil menunggu basuh baju kami sempat shopping di Sok. Barang-barang di Sok atau supermarket umumnya murah. Sebelah malamya kami ke Gulhane Park. Bagi yang nak tenang-tenang boleh datang kat sini.



Hari kelapan 7 Disember 2025

Kami keluar awal pagi untuk ke Grand Bazar tapi malangnya tutup. Jadi sapa yang nak shopping di Grand Basar, pastikan tidak pergi hari Ahad tau. Di sebabkan tutup kami tukar plan. Kami bercadang ke Ortakoy. Ada masjid yang cantik betul-betul tepi laut.

Maka bermulalah perjalanan yang panjang untuk kami. Kami meneruskan ke Stesen Marmaray Sirkeci

Dah tak ingat keluar stesen mana. Tapi yang pastinya ada Carrefour.hahaha.






Seterusnya kami naik bas ke Kadikoy.


Perjalanan sepatutnya dalam 15 minit, tapi kami salah arah rupanya.huhu. Aku ingat bas ni hanya pusing bandar rupanya jauh jugak perjalanan.Serata ceruk kampung bas ni masuk. Dari pukul 2 kami naik bas sampai ke penghujung, kami sampai ke steyen bas terakhir pukul 3.25 petang  Jauh tu..huhu. Cuba bertanya kepada driver bus. Tapi masalahnya dia tak faham English. Walaubagaimanapun kami tunggu ja dalam bas yang sama untuk ke Kadikoy.

Hal yang mengharukan, driver bas bagi kami air dan kek. Mungkin kesian kat kami.

Akhirnya kami sampai di stesen Kadikoy. Di sebabkan cuaca dah gelap kami terus menaiki bot ke Karakoy.

Hari kesembilan 8 Disember 2025

Kami tukar hotel ke Atlantis Royal Hotel dari 8 sampai 10 Dec. Mungkin disebabkan aku booking di Agoda semasa aku berada di Istanbul maka cas dalam Euro. Harga untuk 2 malam sebanyak EUR 55. Hotel ini agak selesa dan lebih dekat dengan stesen Tram.

Sebelah petangnya kami mencari balık dürüm sekitar Galata Bridge.

Sedap jugak balik durum ni,tak sama tau balik durum dengan balik ekmek. Kalau tak silap harga untuk 1, TL 200.

Selepas tu kami menuju ke Galata Tower. Menggigil woo mendaki ke Galata Tower ni. Istanbul ni kawasan berbukit-bukit, aku memang respect orang Turki, walaupun tua-tua boleh lagi meredah danberjalan kat Istanbul.


Hari kesepuluh 9 Disember 2025

Saki baki hari terakhir di Istanbul, aku plan ke Ortakoy. Ada Masjid yang memang cantik kat situ, dan ni merupakan wish list aku kat Istanbul. Menaiki feri untuk ke sana, rasa macam kita naik bot mewah. Bukan disebabkan interior feri tu  tapi pemandangan laut dan persisir laut yang Masyaallah cantik. Naik di Eminonu, ambik Bosporus Line, tak ingat harga kita tapi tak mahal.

Walaupun bangunan di Istanbul padat macam ni, tapi bila menyelusuri jalan-jalan di Istanbul tak la rasa setinggan. Walaupun padat tapi bersih. Tempat yang kotor pun ada jugak. Mana tempat pun ada.

Banyak rupanya masjid tepi laut. Tapi ni bukan masjid Ortakoy tau.

Akhirnya sampai ke Masjid Ortakoy.

 

Hari kesebelas 11 Disember 2025

Last day di Istanbul..Sedih bercampur teruja. Sedih sebab meninggalkan Istanbul.Teruja sebab balik ke Malaysia. Untuk ke Airport Sabiha Gochen kami menaiki train dari Marmaray Sikerci. Kami turun di Ayrilik Cesmesi untuk tukar train ke Airport. Sebelum itu, di stesen Ayrilik kami keluar stesen dan singgah di Carrefour, habiskan duit lira..hehehe.

Flight kami sekitar pukul 5.20 petang. Alhamdulillah cuaca elok sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA2. Perjalanan kali ini mengajar aku bahawa Istanbul bukan sekadar destinasi, tetapi pengalaman yang sentiasa meninggalkan rasa rindu. Ada cabaran, ada gelak tawa, ada rasa takut, dan ada momen yang membuatkan hati terasa sangat dekat dengan tempat ini. Dari Bursa yang tenang, Pamukkale yang memukau, Izmir yang spontan, hingga Istanbul yang penuh sejarah, semuanya menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Alhamdulillah, perjalanan ini selamat berakhir. Jumpa lagi Istanbul. Insyaallah