Posting untuk tahun 2019 ni dimulakan dengan Thailand. Sebab apa Thailand? Sebab Thailand oversea yang paling dekat dan senang untuk pergi memandangkan aku 'dok' di Perlis. Terlalu banyak trip aku ke Thailand, jadi untuk memudahkan 'hampa' baca, maka aku kompilasikan semua trip Thailand ni menjadi 1 post.
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke Negara 'Gajah Putih' adalah pada tahun 2016. Walaupun aku lahir di Kedah tapi inilah kali pertama aku sampai. Thailand adalah negara ke-2 aku pergi setelah Brunei Darussalam.
Trip pertama ke Thailand adalah Danok dan Hat Yai dengan keluarga melalui Bukit Kayu Hitam. Dari Kedah, kami menaiki kereta dan seterusnya kami parking di Kompleks Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam. Di Kompleks Bebas Cukai, kami ke pondok kecil yang menyediakan perkhidmatan mengisi 'White Card'. berjalan kaki ke Imigresen Thailand. Setelah selesai cop di imigresen, kami berjalan ke 7E yang terdekat. Dari situ kami menaiki Van ke Hat Yai. Untuk 1st trip aku hanya pergi ke Kim Yong Market. Okay tu kisah 1st time aku pi Thailand. List kat bawah adalah tempat-tempat yang pernah aku sampai.
TRIP KE THAILAND & CARA AKU SAMPAI KE SANA
- Danok - Kereta
- Hat Yai - Bas,van, kereta, keretapi & motorsikal
- Padang Besar, Thailand - Kereta, keretapi & motorsikal
- Krabi - Kereta
- Bangkok - Flight, keretapi
- Ke Kelantan melalui Thailand - Kereta
- Phuket - Flight
Trip ke 2 ke Thailand adalah Phuket. Phuket sebenarnya tak pernah ada dalam wish list aku tapi disebabkan Air Asia buat promo maka member satu U ajak ke sana. Rancangan awal 4 orang member-member U tapi Cik Suri nak ikut jugak.hehehehe. Jadi 5 orang yang akan ke sana. Harga tiket pergi dan balik untuk 2 orang adalah RM 269, Flight adalah dari KLIA 10 Feb 2017, 8.30 malam. dan pulang ke Malaysia pada 14 Feb 2017, pukul 1.30 petang (waktu Thai). Untuk pengetahuan, waktu Thailand 1 jam lambat dari Malaysia. Misalnya waktu Thai pukul 1.30 petang maka waktu Malaysia adalah pukul 2.30 petang.
Seminggu sebelum tarikh penerbangan, seorang demi seorang member-member aku menarik diri. Adoi!!! Dah la aku tak yakin sebenarnya nak pergi berdua ke Phuket, tapi aku nekad dengan Cik Suri untuk meneruskan trip ni walaupun berdua. Memang risau sebenarnya tapi aku kuatkan semangat jugak. Dah la tak banyak rujukan untuk aku study tentang Phuket. Untuk travel ni aku ambil Takaful perjalanan, takut kalau apa-apa jadi.
Persediaan Ke Phuket
Persediaan Ke Phuket
- Travel Adapter (soket di Thailand tak sama dengan Malaysia)
- Travel Insurance ( Aku pilih Takaful Malaysia)
- Brahim Instant (Nasi Goreng, Nasi Briyani)
- Download application Maps.Me


