Translate

Saturday, March 25, 2017

Singapore - A Day Trip


SINGAPORE HERE WE COME 

Plan ke Singapore ni unplanned trip, jadi tak banyak yang sempat aku study tentang Singapore. Dah lama nak pegi tapi di sebabkan masa dah suntuk untuk plan, aku pun redah ja.Trip ini hanya sehari, memang penat wei. Target aku pun nak ambik gambar kt merlion . Pada 22 march 2017 aku ajak member dari zaman U, dia pun kaki jalan mcm aku..hahaha. Aku ajak pegi Singapore, dia ON ja..CANTIK!!! Tanya member-member lain semua ada hal. Setelah setelkan tarikh perjalanan semua, baru inform Cik Suri, nasib baik dia bagi pelepasan kat aku..hehehe. Pada 23March aku tukar duit kat IOI Putrajaya,rate SGD100=RM315

Perjalanan kami pada 24 March dari TBS, dengan bas Eltabina. Harga tiket RM 45 sehala, kami bertolak pada  pukul 11.45 malam dan turun di Woodland,bas balik kami tak beli lagi. Untuk trip ke Singapore kami rujuk blog Uzair Othman. Kami sampai CIQ lebih kurang pukul 5 pagi. Kami turun dari bas untuk cop passport di Imigresen Malaysia, kemudian naik bas semula. Perjalanan diteruskan melepasi tambak Johor. Memandangkan stesen terakhir kami adalah di Woodland maka kami terus clearkan barang-barang dalam bas untuk terus ke kaunter Imigresen Singapore bagi tujuan cop passport. Kami sampai di WoodlandS sekitar 6 pagi. Gambar ni setelah kami melepasi imigresen dan turun ke terminal.


Berpusing-pusing jugak kami kat sini. Setelah puas berlegar-legar kami tanya orang yang lalu lalang. Perjalanan diteruskan ke stesen MRT Woodland. Kami menaiki bas untuk ke stesen MRT Woodlands. Jauh la jugak dengan Woodlands Checkpoint, ingatkan boleh jalan kaki.


Jadual Bas 

Dari stesen MRT Woodlands kami  menuju ke Stesen Ang Mo Kio. Di sana kami akan beli Tourist Pass yang berharga $10.Seterusnya kami meneruskan  ke Stesen Bugis, target kami adalah Masjid Sultan

Masjid Sultan dari pandangan hadapan


Masjid Sultan adalah destinasi persinggahan pertama kami. Jom kita tengok apa yang ada di Masjid Sultan. 




Masjid Sultan dari pandangan dalam




Sejarah Masjid Sultan

Selepas melawat masjid, lapar la pulak.Jadi kami pun makan di Restauran Zam-zam, yang berdepan dengan masjid

Restauran Zam-zam tu kat 2nd hujung

Apa yang femes kat sini? Semestinya Murtabak Singapore..Tapi aku lebih suka murtabak Singapore kat Muar. Setelah selesai makan, kami meninjau di sekitar Masjid Sultan. 

Di belakang masjid ini terdapat deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati. Ok jugak harga kat sini.

Perjalanan masih di sekitar masjid, kami seterusnya ke  Malay Heritage Centre


Bagunan ini asalnya sebuah istana, iaitu Istana Kampong Glam. 


Setelah puas explore Malay Heritage Centre, kami seterusnya ke stesen MRT Bugis untuk ke Merlion.
Untuk ke Merlion aku turun di Stesen Raffles Place.

Tempat wajib kalau ke Singapore

With my travel partner

Perjalanan kami diteruskan ke Fullerton Road, hari semakin gelap. Kat sini banyak bangunan era kolonial.


Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Nasib kami baik, kami sempat berteduh di hentian bas ni. Plan kami nak ke Marina Bay dan seterusnya ke Garden By the Bay. Kami menaiki bas dengan tourist pass.


Setelah turun di stesen berhampiran dengan Marina Bay, kami mengubah rancangan. Tak ingat sebab apa kami ubah plan. Kami seterusnya ke Singapore Botanic Gardens. Tempat ni Cik Suri yang suggest memandangkan dia pernah datang ke sini semasa bekerja di FRIM. Sebab tu dia tak kesah aku datang Singapore dengan kawan. hahahaha



Singapore Botanic Gardens tempat terakhir aku pergi sebelum pulang ke Malaysia. Seterusnya kami menaiki MRT ke Woodland balik seterusnya menaiki bas untuk ke JB. Memang penat travel dari pagi berjalan sampai ke malam tapi puas!

Jumpa lagi Singapura!!!!












4 comments:

  1. Wahh. Merlion park!Btw, tourist pass $10 tu apa function & istimewa dia?

    ReplyDelete
  2. Tourist pass tu boleh guna untuk semua tren dan bas. Dengan $10 sehari kita bole guna unlimited travel untuk hari tu. Berbaloi kan!!! Kalau kita travel utk 2 hari ada package lain.Kalau x silap $15 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info Sharing sahaja :) 3 hari lepas saya baru double check. Tourist Pass SG sekarang kalau beli on Sat/Sun SGD20 per pass kalau untuk sehari. 2 hari = SGD26. DEPOSIT CARD is SGD10, balance nya untuk bayar fee2 bas mrt....

      Delete
  3. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete