Kia Ora!!!
Assalamualaikum Semua...
Untuk entry kali, aku akan kongsi pengalaman ke New Zealand. Sebelum ni, setakat berangan ke NZ (orang sebut anzac) tu ada la, tapi tak sangka akhirnya aku dapat sampai...Alhamdulillah!!!
Aku beli tiket ke Auckland lebih dari setahun lepas, masa tu AirAsia tengah buat promo. Aku beli 10 Jun 2017 untuk tarikh penerbangan 29 Julai 2018. Jumlah harga tiket untuk 2 orang pergi balik termasuk makan dan luggage(masa balik sahaja) adalah RM 2081. Okay..1st step sudah selesai. Dalam tempoh ini, aku mula study blog-blog tentang NZ, study itinerary, tempat yang menarik dan yang paling penting mestilah bajet. Akhirnya, setelah berbincang dengan Cik Suri, kami akan travel ke South Island. Asalnya aku merancang ke Christchurch, sebab semua blog yang aku baca semuanya suggest ke Christchurch. Aku tanya officemate yang pernah ke NZ, dia cadangkan aku terus ke Queenstown dari Christchurch. Setelah puas tunggu tiket murah ke Queenstown tapi tak dapat yang murah jugak, akhirnya aku beli jugak tiket ke Queenstown pada 9 Dec 2017 untuk penerbangan pada 31 Jul - 4 Aug 18 dengan harga NZD 339. Dari Auckland ke Queenstown kami menaiki Jetstar. Sebenarnya banyak route ke South Island, tak semestinya dari Auckland sahaja. Dari Sydney, Australia ke South Island pun boleh tapi mungkin ada risiko sebab jika turun ke Australia kita perlukan Visa. Kan kecoh sekarang ramai rakyat Malaysia yang tak lepas permohonan Visa. Untuk maklumat penerbangan ke Auckland, Air Asia akan transit ke Gold Coast, Australia. Tapi jangan bimbang, kita tak perlu memohon Visa ke Australia. Transit dalam 30 minit ja.
Persediaan ke NZ & Tips
- Sabun Thaharah (tanah liat) bagi yang merancang untuk masak sendiri
- Baju hujan
- Jika pergi musim sejuk, boleh beli baju tebal-tebal kat bundle.Jimat!!!
- Download Offline Map siap-siap. Aku pakai MapsMe
- Torchlight mini
- Travel Insurance. Aku memilih Etiqa Takaful (optional)
Hari Perjalanan 29 Julai 2018 @ 2340
Mengikut Itinerary Air Asia, aku akan tiba di Auckland pada pukul 4.10 petang waktu tempatan atau pukul 12 tengahari waktu Malaysia. Kiranya hampir 12 jam berada di dalam kapal terbang. Gambar Google Map di bawah menunjukkan berapa jauhnya KL ke Auckland. Seperti yang aku bagitau sebelum ini, Air Asia akan transit ke Gold Coast. Segala barang-barang hand carry perlu di bawa turun ke Lapangan Terbang Queenstown untuk pemeriksaan. Jangan risau pihak imigresen tak tanya berkenaan visa, hanya scan barang-barang.

![]() |
Google Map : Kuala Lumpur ke Auckland |
Kami tiba di Auckland International Airport lebih kurang pukul 4 petang waktu New Zealand, 30 Julai 2018. Pemeriksaan imigresen dan kastam tidak banyak masalah, yang penting pastikan kita mengisi New Zealand Passenger Arrival Card dengan betul.Jika tidak pasti, lebih baik tick pada soalan yang ditanyakan.
Benda pertama yang dibeli adalah simkad. Setelah pusing satu airport, aku memilih telco Spark. Aku pilih Prepaid $29 Travel Pack, tak perlu topup boleh terus pakai. Data yang diberikan kalau tak silap 1GB. Cara nak jimat data, untuk travel kami hanya pakai MapsMe. Nak surf internet dan sebagainya pakai ja free wifi. Lagi satu Spark ada memberi 1GB percuma setiap hari tapi hanya boleh di akses di pondok wifi Spark. Secara keseluruhan coverage Spark di South Island memuaskan hati aku.
Untuk hari pertama di NZ, kami hanya bermalam di Airport memandangkan keesokan paginya kami akan menyambung perjalanan ke Queenstown. Kami hanya berlegar-legar sekitar Auckland International Airport and Domestic Airport malam itu. Ada disediakan shuttle bus percuma dari International Airport ke Domestic Airport. Jarak kedua-duanya tidaklah jauh, bagi yang backpackers macam kami rasanya mampu untuk berjalan. Aku juga mengambil keputusan tidak ke pusat bandar Auckland kerana tambang bas ke CDB Auckland agak mahai, NZD18 seorang. Bagi yang memerlukan hotel, ada Hotel Ibis yang hanya 300M dari pintu utama International Airport. Bagi yang nak tidur di Airport, Domestic Airport akan ditutup jadi terpaksalah ke International Airport. Ruang solat ada disediakan di tingkat 1 tapi hanyalah hamparan karpet di tempat yang terbuka.Tapi kawasan tersebut bukanlah laluan utama dan agak terlindung. Disediakan juga tempat mandi di level G.
Hari Kedua : 31 Julai 2018
Kami berdua berjalan kaki dari Auckland International Airport ke Domestic Airport. Ramai yang berjalan kaki rupanya. Sekarang musim sejuk, terasa tangan aku macam rendam dalam air ais..hehehehe. Flight kami akan belepas pada pukul 8.30 pagi
![]() |
OTW ke Queenstown |
![]() |
Dah nak sampai ke Queenstown. Walaupun mulanya cuaca tak ok tapi bila dapat tengok snow cap kat gunung tu..Subhanallah.Speechless!!! |
![]() |
Selamat sampai di Queenstown Airport..Yeayyy!!! |
![]() |
Inilah jarak dari Auckland ke Queenstown. Jauh kan. Macam KL ke Sabah lebih kurang |
Setelah sampai aku ke kaunter informasi untuk bertanyakan pengangkutan ke Queenstown. Tidak ada bus ke bandar, yang ada van shuttle. Aku try la search kot-kot ada Grab/Uber tapi mahal. Mujur kami disapa oleh 2 orang wanita Korea yang hendak ke Queenstown juga.Setelah setuju untuk tong-tong tambang maka kami pun sampai la ke penginapan masing-masing. Kalau tak silap tambang untuk 2 orang kami NZD 15 atau NZD 25. Penginapan aku berdekatan Skyline Queenstown. Ada gondola kat situ macam kereta kabel tapi kami tak pergi pun. Aku tinggal di Southern Laughter Backpackers untuk semalam sahaja. Hari ini nak pusing pekan Queenstown dengan berjalan kaki saja. Sesampainya kat penginapan hujan turun dengan selebat-lebatnya. Apa lagi...terpaksa ubah plan, jadi kami pun tidoq la dulu...huhuhu
Sudah pukul 3 petang hujan masih renyai-renyai. Berbekalkan baju hujan yang dibawa, kami meredah bandar Queenstown. Baju hujan banyak menyelamatkan itinerary kami..hehehehe. Mujur aku tertengok 1 vlog yang suruh bawa baju hujan. Kami berjalan kaki mencari supermarket yang terdekat, memandangkan kami tak makan lagi sejak tengahari. Pagi tadi sarapan dengan Mi Segera ja. Aku google supermarket yang terdekat , jumpa Four Square Supermarket, yang hanya 350m dari penginapan. Petang tu kami membelanjakan NZD 12.24. Kalau barang-barang tempatan memang murah. Contoh, buah kiwi 1kg NZD2.99
Ini pemandagan dari beranda motel kami. Ini lah bandar Queenstown. Kagum tengok bukit yang ditutupi salji. Kami berkelah diberanda motel..Sejuk!!Berkelah dengan barang yang di shopping tadi.
![]() |
Gemuk kan burung pipit kat sini |
Selepas makan, kami keluar balik ke Bandar Queenstown. Kami pusing-pusing kawasan sekitar Queenstown dan juga mencari Snap Rentals. Snap Rentals ni disuggest oleh Dr Teh Arpah, owner AirB&B di Timaru. Esoknya kami akan menyewa kereta sampai 4 Ogos. Harga untuk 3 hari NZD148.05 untuk Toyota Yaris Automatic (2016-2017). Harga ini termasuk protection cover. Sempat jugak beli souvenir di DF Souvenir, antara kedai yang murah di Queenstown. Ni pun aku dapat maklumat dari blog-blog lain.
Kawasan sekitar motel kami. Ini balai bomba. Comel kan. Perhatikan di belakang balai bomba tu ada benda yang berwarna putih, tu sebenarnya kereta kabel.
Kawasan sekitar Tasik Wakatipu, Queenstown. Tak banyak gambar yang diambil memandangkan hari sudah gelap.
Kami bangun awal untuk mengambil kereta sewa pada pukul 8.00 pagi. Di luar, nampaknya hujan renyai. Terpaksalah kami meredah kesejukan pagi untuk berjalan 500m. Baju hujan penyelamat kami..hehehehe. Mudah urusan dengan Snap Rental, kakitangan yang helpfull, lesen memandu dwibahasa valid disana. Tiada cas tambahan jika pemandu melebihi seorang. Selepas semua selesai tempat pertama yang dituju adalah PaknSave. PAKnSAVE ni supermarket dan ramai orang kata barang sini murah. SETUJU!!! Kami membelanjakan NZD35.90 di sini
![]() |
Gambar sekitar PAKnSAVE |
Selepas bershopping kami terus bergegas pulang ke motel memandangkan waktu check out pukul 10.00 pagi. Walaupun masa agak suntuk ke pukul 10, aku hanya memandu dengan tertib.Nak tau sebab apa? Aku penah kena saman di Perth, memang tobat dah. Bayangkan kena saman AU$100. Di NZ pun undang-undang jalanraya sama strict dengan Australia. Setelah check out, kami terus ke Coronet Peak yang berjarak 16km dari queenstown. Perkara yang paling stress di NZ adalah memandu mengikut had laju.hahahaha. Aku tengok ramai ja orang NZ bawak kereta laju dan ramai jugak yang kena saman on spot..huhuhuhu
Ni la Coronet Peak. Pertama kali tengok salji. Kami tengok ja orang main ski
Aku parking kat bawah ja. Bila sampai puncak jalan agak bersalji dan licin. Kat bawah tadi jalan OK ja. Untuk sewa kereta ni aku tak ambil snow chain.
Tak sangka dapat lihat secara live. Sebelum ni tengok TV ja. Alhamdulillah cuaca baik
![]() |
Kereta aku nun di bawah sana. Tak berani nak parking tinggi-tinggi |
Setelah puas main salji, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Wanaka. Jarak perjalanan dari Coronet Peak lebih kurang 110km, Perjalanan masih jauh, penamat ntuk hari ini adalah di Tasik Tekapo yang berjarak 220 km dari Tasik Wanaka. Maknanya 330 km perlu dilalui!. Gambar-gambar dibawah adalah pemandangan dari Coronet Peak ke Tasik Wanaka. Memang tenang ja kan. Sekali sekala kedengaran orang membunyikan hon kepada kami. Geram pun ada. Aku bawak ikut halaju OKAY!! getus hatiku.
Nak sampai dah Wanaka Lake |
Memang cantik dan tenang pemandangan. Di sini ada pondok boleh la kalau nak merehatkan badan. Sempat aku dan Cik Suri berkelah disini. Toilet pun ada juga. Selepas berehat di Tasik Wanaka kami menyambung perjalanan ke Tasik Tekapo. Sebelum bergerak, kami google map stesen minyak yang berdekatan. Stesen yang paling dekat dalam 1.2km. Cara isi miyak di sini lain sikit dari Malaysia, isi minyak dulu dan bayar kemudian. Di sini aku isi Ron 91 untuk kereta Toyota Hitch, Ron 95 kira barang mewah la kot..hehehe
Perjalanan yang berbaki 200km teruskan. Banyak tempat yang menarik di Wanaka tapi kami terpaksa untuk tidak pergi disebabkan masa yang suntuk.
Antara tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan ke Tasik Tekapo |
Hanya satu kenderaan yang dapat melintasi jambatatan untuk satu-satu masa |
![]() |
Kami menuju ke Tasik Tekapo |
Bandar yang terdekat selepas Wanaka adalah Omarama. Jaraknya
lebih kurang 110km dari Wanaka. Kami hanya singgah untuk ke tandas sahaja
memandangkan minyak kami masih penuh. Di sini ada mini market untuk membeli barang-barang
keperluan.
Gambar ni bukan nak tunjuk pemandagan sebenarnya tapi nak
tunjuk tiang elektrik. Apa yang spesial? Kesemua tiang elektrik yang tersusun tu sebenarnya batang pokok. Macam tak
percaya kan, lurus saja tiang tu.
Jam baru menghampiri pukul 5 tapi sudah menghampiri senja.
Musim sejuk di NZ, masa siang lebih pendek dari malam.
Syukur kami sempat sampai di Lake Tekapo Motels &
Holiday Park belum malam. Untuk pengetahuan jalan raya di South Island
kebanyakan tidak berlampu. Aktiviti malamnya kononnya nak ber’star gazing’ tetapi kecewa sebab awan melindungi
bintang-bintang.
Hari Keempat : 2 Ogos 2018
![]() |
Ini la motel yang kami tinggal. Harga semalam NZD121, agak
mahal tapi kemudahan lengkap. Cuma tandas dan dapur di luar motel.
|
![]() |
Dalam motel.Luar nampak kecil kan? |
![]() |
GOOD MORNING NEW ZEALAND!!!
|
![]() |
Tak sejuk ka itik ni mandi pagi-pagi. Air sejuk macam ais
tau
Pagi-pagi lagi kami bersiap ke untuk check out. Trip
seterusnya ke Hooker Valley. Kami akan berpatah balik. Untuk ke Hooker Valley dari
Lake Tekapo, jarak lebih kurang 100 km. Aku tersasar itinerary sebenarnya,
sepatutnya kami ke Hoker Valley semalam tapi disebabkan kesuntukan masa dan dah
booking motel, kami terpaksa ke sini dulu. Jangan tak masukkan itinerary ke Hooker
Valley tau. TEMPAT WAJIB!!!
|
![]() |
Tasik Pukaki di sepanjang jalan menuju ke Mount Cook.
|
Kami berehat seketika di Peters Lookout untuk mengambil
gambar di pinggir Tasik Pukaki
Kusangka cerah ke petang rupanya hujan di tengah
hari..waaaa.Hujan turun selebat-lebatnya pada tengah hari. Kami ke muziam yang
berdekatan dengan Hooker Valley iaitu
Aoraki Mount Cook Village dahulu dengan harapan hujan akan berhenti.
![]() |
Ada muzium di sini |
Hujan masih tak berhenti, aku tetap ke Hooker Valley. Sempat kami tidur dalam kereta sambil mengharapkan hujan berhenti.
Cik
Suri tanya, jauh lagi ka nak jalan, ada apa kat hujung. Entah jawabku..heeee.
Setelah puas berjalan akhirnya sampai ke penghujung...
![]() |
Inilah penghujung. Berbaloi jalan berejam-jam. Penat terus hilang..hehehe |
Jam menunjukkan pukul 4:03 tinggal beberapa jam matahari akan melabuhkan tirai. Kami bergegas untuk berpatah balik.
Kami
terpaksa menempuh jalan yang gelap sepanjang 200km. Biarpun malam, tapi aku tetap
memandu mengikut halaju yang ditetapkan. Sepanjang 5km, kenderaan kami diekori
rapat oleh satu kereta. Aku cuba memberlahankan halaju kereta dengan harapan
kereta tersebut akan memintas tetapi tidak. Kenderaan tersebut masih mengekori
aku, berderau darah apabila kereta itu memotong kereta kami…KERETA POLIS!!! Syukur..Kalau
tak melayang duit aku
Jalan yang sama aku lalui ke Lake Tekapo. Sempat aku
berhenti di Lake Tekapo untuk star gazing. Dapat jugak tengok bintang yang
paling banyak dalam hidup aku. Tapi sayang tak dapat ambil gambar sebab kamera tak mampu nak capture. Setelah
bertungkus lumus memandu, akhirnya aku sampai di Timaru. Kami menginap di Air
B&B, pemilik adalah pasangan Malaysia yang bermastautin di New Zealand, Dr
Teh Arpah dan pasangan. Kami disambut
dengan layanan yang mesra seperti lama kenal. Kali pertama kami mengguna
khidmat Air B&B dan sangat berpuas hati dengan layanan dan kemudahan.
Hari Kelima : 3 Ogos 2018
![]() |
Sangat selesa dan puas hati |
Kami bangun seawal 6 pagi, ikutkan hati memang tak puas
tidur memandangkan kami tidur pukul 12 semalam. Penatnya tak hilang lagi. Paginya kami dihidangkan
makanan Malaysia, kari kambing. Rasa terubat dengan Malaysia..Hahahaha. Macam dah lama menetap di NZ. Hari ini kami
terpaksa menempuh perjalanan yang paling jauh, hampir 500++km. Destinasi
seterusnya adalah Moeraki Boulders. Tempat ni, dicadangkan oleh suami Teh Arpah
Inilah tarikan Moeraki Boulders. Batuan-batuan berbentuk sphera
Sedikit bayaran dikenakan untuk turun ke pantai. Ada box
donation disediakan di tangga. Tiada penjaga di situ, hanya perlu kejujuran
samaada nak masukkan duit atau tak.
Kami seterusnya ke Dunedin. Perancangan asal nak singgah ke Tunnel Beach tapi kami disapa oleh hujan sepanjang perjalanan, maka terpaksa aku batalkan ke sana.
Sampainya di Bandar Dunedin, kami mencari tempat untuk solat. Nasib baik ada masjid kat sini. Dunedin adalah bandar ke 2 terbesar di South Island. Jalan di sini agak sesak dan bagunan agak padat. Di sini ada Universiti dalam bandar iaitu University Otago. Ramai juga pelajar Malaysia di sini. Kami juga disapa oleh pelajar Malaysia.
Kami seterusnya ke Dunedin Railway Station.. Perh! macam istana. Dunedin. Jom kita tengok ada apa dalam stesen keretapi ni.
Ini pula pemandangan dari luar Dunedin Railway Station. Walaupun musim sejuk tapi taman dipenuhi dengan bunga.
Dari Dunedin, kami terus ke Queenstown. Memandangkan hari
sudah pukul 4 petang, kami terpaksa bergegas. Jarak dari ke Queenstown lebih
kurang 270 km. Jalan kali ini agak mencabar kerana 50% perjalanan adalah
berbukit dan hari sudah gelap. Banyak tempat yang kami tak dapat pergi
memandangkan hari gelap dan banyak kedai tutup. Keesokannya kami akan ke
Auckland. Sedih nak tinggalkan South Island.
Hari Keenam : 4 Ogos 2018
Kami bersiap awal untuk memulangkan kereta sewa. Tempat pemulangan agak berhampiran dengan Airport. Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan Snap Car Rental