Assalamualaikum semua.Alhamdulillah setelah sekian lama berkira-kira untuk ada blog sendiri akhirnya tercapailah hasrat.
Hasrat untuk berkongsi pengalaman sepanjang mengembara secara backpackers. Setiap orang pastinya ada pengalaman yang berbeza kan. Dengan pengalaman yang sedikit ini, diharap coretan ini dapat membantu kawan-kawan mengembara. Pastinya bukan semua pengalaman yang manis, ada pengalaman yang menakutkan, menyedihkan dan macam-macam lagi. Sumber utama rujukan aku kalau mengembara adalah dari dari bloger-bloger lain. Sememangnya aku tidak menggunakan khidmat travel agen..Nak jimat la katakan..hahahhaa!! Harap perkongsian ini dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang suka mencabar diri keluar dari zon selesa.
Aku booking tiket pada Sept 2015, jadi aku ada 5 bulan untuk menyediakan itinerary dan mencukupkan bajet dalam tempoh ini . Tanggal 5 Mac 2016 bermula penggembaraan aku dan suriku ke
Brunei. Bagi aku negara Brunei memaparkan true Malay Kingdom..Kenapa? Apa pun jom kita tengok ada apa kat Brunei.
Hari Pertama : 5 Mac 2016
Angkasa Negara Brunei Darussalam |
Setibanya di Brunei International Airport, kami disambut welcoming
board tulisan Jawi. Perasaan bangga melihat tulisan jawi masih diangkat di sini. Lapangan terbang antarabangsa Brunei tidak lah sebesar dan secanggih KLIA
tetapi kami cukup tenang,bersih dan selasa setibanya di Brunei. Siap ada background music traditional melayu lagi.
Ini lah airport dari luar. Kami menaiki bas sepanjang
backpakers di Brunei.
![]() |
Boleh rujuk route map bas atau boleh dapatkan Brunei Tourism Map di Airport. |
Ini pula Pejabat Perdana Menteri. |
Gambar-gambar sepanjang perjalanan ke BSB Bus Terminal, terminal bas utama di Bandar Seri Begawan.BSB adalah singkatan kepada Bandar Seri Begawan. |
Ini la terminal bas atau terminal BSB. Bas-bas pun
comel-comel ja. Laluan bas di sini mengikut warna bas and nombor bas.Memang mudah. Yang penting pastikan anda ada map route bus.Tambang bas disini adalah $1. Pergi la mana-mana pun $1 atau disebut 1 ringgit, tapi ringgit Brunei tau bukan ringgit Malaysia.
Sampai ja kat Bandar Seri Begawan, kami terus berjalan
sambil menggalas beg ke Bagunan Berkubah ni. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Ada apa kt dalam ni?
Sebelum itu, dari terminal bas, kami melalui padang ini
untuk ke bagunan berkubah tadi. Dari jauh kelihatan tersergam Masjid Sultan
Omar Ali Saifuddin, icon negara Brunei Darussalam. Memang majestic view bila tengok masjid ni. Di kawasan dataran ini sudah selesai berlangsung acara sambutan kemerdekaan
pada. Goggle punya goggle, sambutan kemerdekaan jatuh pada 23 Februari 2016. Terlepas la nampaknya.
Setelah puas berjalan akhirnya sampai.Ini lah bagunan
berkubah tadi atau disebut Royal Regalia.Untuk orang yang suka sejarah macam aku..ni la tempat yang paling best. Cik Suri dah habis bosan dah...hahahaha Masuk percuma ya.
Ini suasana dalam Bagunan Alat Kebesaran Diraja. Hanya had
ini sahaja dibenarkan untuk mengambil gambar. Ada banyak lagi alat-alat kebesaran dan koleksi-koleksi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dipamerkan. Bagi orang yang suka kan sejarah. Ini tempat yang wajib untuk sampai. Di sini juga kita boleh melusuri sejarah kesultanan Brunei Darussalam.
Di kubah terterap perisai.Cantik sangat! |
Ini pula gambar sekitar bangunan Adat Istiadat (Royal Regalia), di depan tu adalah bangunan Lapau.
Bagi yang tak tahu lapau adalah tempat di mana berlangsungnya adat istiadat
yang melibatkan kerabat diraja Brunei. Dibelakang duit 5 Ringgit Brunei ada
gambar Lapau.
Untuk
Pengetahuan Ringgit Brunei boleh digunakan di Singapura, begitu juga
sebaliknya.
Semasa dalam perjalanan ke Masjid, tergerak hati untuk snap jam ni. Entah kenapa? Aku cuba google tentang jam ini. Yes dapat!!Jam ini adalah hadiah dari Kerajaan Malaysia
kepada Kerajaan Brunei.
Kebetulan aku terjumpa gambar ni dalam album arwah ayahku. Nampak tak jam tu. Jam yang sama, masih bertahan sampai ke hari
ni. Di Brunei, plat kenderaan bermula B dan K. Tak tau la apa maksud B dan K.
Kagum dengan senibina Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, masjid ini dirasmikan pada 1958. Walaupun usianya hampir 60 tahun tapi masih memukau dan tak jemu mata memandang. Gambar ini diambil semasa berada di kompleks Yayasan. Bagunan ini shopping
complex sebenarnya. Memang cantik pemandangan kat sini. Selepas puas
pusing-pusing di kawasan sekitar, kami menaiki bas ke Gadong untuk check in
Hotel.
Sepanjang backpackers di Brunei, kami tinggal di Gadong. Jarak lebih kurang 6 km dari Bandar Seri Begawan. Setelah sampai di Gadong, cabaran kami untuk mencari hotel. Puas kami mencari hotel memandangkan aku tidak mempunyai internet, aku bertanyakan dengan penduduk tempatan, mereka pun tidak pasti di mana lokasi hotel. Akhirnya kami terjumpa kedai buku dan beli map brunei. Setelah puas berjalan, jumpa akhirnya. Puas juga berjalan tengah rembang ni. Rasanya 2 km lebih kami berjalan.Untuk elakkan jadi macam kami, mungkin boleh beli internet ataupun download offline map seperti MAPS.ME. Di sebelah petang kami berjalan-jalan ke pasar malam Gadong. Tak ingat langsung untuk snap gambar di pasar malam Gadong. Kalau tak silap, pasar malam dibuka tiap-tiap hari. Memang murah dan macam-macam barang dan makanan tempatan dijual. Tapi jangan convert ke RM la.heheheh. Di sini ada juga supermarket, The Mall.
Hari Kedua : 6 Mac 2016
Seawal 7.30 pagi, kami menunggu bas dari Gadong ke Bandar
Seri Begawan. 7.30 pagi tapi dah cerah b enderang. Gambar di ambil di atas jambatan yang menghubungkan Tamu Kianggeh di sebelah kiri. Di sebelah kanan adalah terminal bas. Kelihatan speed boot berulang alik, mungkin dari Kampung Air yang berdekatan.
Tamu ni macam pasar pagi. Segala barang-barang tempatan
dijual di sini. Tamu ini sekarang berpindah ke lokasi baru tapi tak jauh dari sini.
Dari kejauhan adalah kampung air. Ingatkan laut, tapi sungai sebenarnya |
Selepas itu, dari terminal BSB, kami menaiki bas ke Istana
Nurul Iman. Istana ini adalah kediaman rasmi Sultan Brunei dan kerabat. Ni kami
ambil gambar di celah-celah pagar. Kat sini ja yang termampu sampai. Kalau nak
masuk kena tunggu hari raya lah kalau tak silap.
Dari Istana Nurul Iman, kami seterusnya ke Jame’ ‘Asr
Hassanil Bolkiah. Masjid ini dibina bersempena jubli perak pemerintahan Sultan
Brunei.
Senibina yang sangat halus. Corak-corak di dinding masjid tu sebenarnya jubin-jubin kecik tau. Kami hanya mengambil gambar di sekitar, memandangkan kawasan dalam masjid tidak dibenarkan mengambil gambar.
Hari ketiga kami merancang perjalanan ke Muzium Brunei. Puas menunggu bas tak sampai-sampai di terminal BSB. Untuk ke muzium boleh naik Bus Eastern Line No.11 atau 39 tapi sayangnya muzium tutup. Jadi terpaksa ubah ke plan B, kami ke Mangrove Paradise Resort. Jauh jugak nak sampai Mangrove Paradise Resort mungkin sebab tu bas lambat. Walaupun jauh tambang bas tetap $1 Ringgit.
Dari jalan besar, kami terpaksa berjalan sedikit ke resort
tu. Bersih dan terjaga rapi pokok-pokok bakau.
Ni pemandangan dari Restoran Mangrove Resort. |
Ni makanan yang kami order. Harga berpatutan. Apa pun jangan convert ke RM ye.
|
Add caption |
Di persekitaran resort yang dikelilingi paya bakau. |
Hari Keempat : 8 Mac 2016
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setelah empat hari di
Brunei, sudah tiba masanya ke tanah air. Sedih rasanya nak meninggalkan Brunei.
Dari penginapan di Gadong, kami keluar agak awal ke Lapangan Terbang. Kami
menaiki bas dari Gadong ke Bandar, dan dari Bandar ke Lapanan Terbang. Jumpa
lagi Brunei!!!!